Ahad, 30 April 2023

CADANGAN BAGI MENGATASI AMALAN BERHUTANG

Ambillah langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terjebak dan terpaksa menggalas beban hutang yang berat, berpandukan peringatan berikut:


Pertama: Berhutang hanya untuk membiayai perkara yang sangat diperlukan dan memberikan manfaat seperti hartanah, rumah, kenderaan, pengajian dan modal perniagaan.


Kedua: Jumlah hutang hendaklah bersandarkan kemampuan untuk membayar semula.


Ketiga: Jangan berhutang untuk memenuhi kehendak hawa nafsu, seperti membeli benda-benda baharu dalam keadaan barang sedia ada masih elok.


Keempat: Membuat pinjaman secara patuh syariah dan menjauhi pinjaman yang mengandungi unsur riba dan gharar.


Kelima: Elakkan pembelian dengan menggunakan kad kredit, sebaliknya amalkan pembelian secara tunai.


Keenam: Mengutamakan pembayaran hutang dalam mengurus perbelanjaan bulanan.

KESAN BERHUTANG

 Terdapat dalam kalangan orang yang berhutang, ingkar, melengah atau meremeh-temehkan kewajipan melunaskan hutang. Sikap ini menggambarkan peribadi dan akhlak ciri-ciri orang munafik seperti tidak amanah, mengkhianati janji, menipu dan melakukan kezaliman terhadap orang lain. 

Orang yang lalai melunaskan hutang diberikan peringatan berikut oleh Nabi Muhammad SAW:

Pertama: Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meniggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. Sabda Rasulullah S.A.W :-


Maksudnya :

"Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya ".

Kedua: Orang yang tidak berniat melunasi hutang akan bertemu Allah SWT sebagai seorang pencuri.

Ketiga: Orang yang berhutang akan rugi sekiranya dia berhutang dengan niat untuk merugikan orang lain.

Keempat: Baginda tidak melakukan solat terhadap orang yang didapati mati dalam keadaan masih mempunyai hutang.

Kelima: Orang yang sengaja menangguhkan bayaran hutang ketika dia mampu, dianggap telah melakukan kezaliman.


Keenam: Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.


Ketujuh: Seseorang yang terbeban dengan hutang itu akan memungkinkan ia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh Syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.











 

ALQURAN & HADIS

Hadis yang menceritakan mengenai kesan bagi mereka yang enggan membayar hutang antaranya:


1. Tidak akan terangkat amalannya


Sabda Rasulullah: Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya. - [HR tarmizi]


2. Dosa hutang tidak akan diampunkan


Sabda Rasulullah SAW: Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang. - [HR muslim]


3. Bagi mereka yang mampu tetapi enggan membayar ia adalah zalim


Sabda Rasulullah SAW: Penundaan orang yang mampu (untuk membayar hutang), adalah perbuatan zalim. - [HR Al-Bukhari]


4. Solat Rasulullah ke atas mereka tidak dapat memberi manfaat bagi mereka yang ada hutang


Anas bin Malik berkata: "Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya; "Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?" Mereka menjawab, "Ya."


Lalu baginda bersabda: "Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” - [HD At-Tabrani]


5.                                                   نَفْسُ المُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ


“Jiwa (ruh) seorang mukmin itu akan tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah hutang tersebut diselesaikan.” (HR al-Tirmizi, dinilai Sahih oleh al-Albani)





PENDAHULUAN

   Kami merupakan pelajar Politeknik Kota Bharu dan mengambil aliran Diploma Akauntansi dibawah Jabatan Perdagangan. Kami menjalankan tugasan ini secara berkumpulan dan memilih ''KESAN BERHUTANG DALAM KALANGAN MASYARAKAT'' sebagai tajuk untuk tugasan kami.

   Hutang atau al-qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. Orang yang berhutang mempunyai tanggungjawab untuk memulangkan barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa apa-apa tambahan terhadap harta yang dipinjam itu.



Disebabkan itu hukum berhutang di dalam Islam dibahagikan seperti berikut:

• Haram

Jika digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi dan sebagainya.

• Makruh

Jika digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau untuk menunjuk-nunjuk atau penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang itu.

• Wajib

Jika seseorang itu amat memerlukan untuk menampung hidupnya dan keluarganya dalam memenuhi keperluan asasi seperti makan, minum, tempat tinggal, pakaian untuk menutupi aurat dan lain-lain.

Hukum membayar hutang adalah wajib. Ini kerana, hak mereka tidak boleh dinafikan melainkan jika mereka menghalalkannya.


KESAN BERHUTANG DI DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT

 POLITEKNIK KOTA BHARU
MPU 23012[PENGAJIAN ISLAM]

NAMA PENSYARAH:
PUAN ALINAWATI BINTI AB.AZIZ

RUJUKAN

 1.  https://www.sinarharian.com.my/article/52598/sinar-islam/roh-tergantung-jika-hutang-tidak-dibayar 2.  https://www.mais.gov.my/wang-oran...